Penyata Rasmi

 

Rujukan:    Peraturan-Perarturan Tetap Dewan Undangan Negeri Sabah perenggan 27(1 -4).

 

  • Sebuah penyata rasmi yang mengandungi hamper perkataan demi perkataan semua ucapan yang disampaikan dalam majlis Dewan dan juga perbahasan-perbahasan ke atas rang undang-undang dalam Jawatankuasa Pilihan hendaklah disediakan dalam bentuk seperti yang diarahkan oleh Speaker ataupun pada masa ketiadaannya oleh Timbalan Speaker.
  • Naskah pertama penyata rasmi itu hendaklah dihantar kepada tiap-tiap Ahli pada kadar seberapa segera yang dapat dilaksanakan selepas tamat tiap-tiap siding. Naskah pertama ini adalah khas untuk kegunaan Ahli-ahli sahaja dalam hubungan dengan urusan siding yang dijalankan dalam Dewan ataupun dalam mesyuarat Jawatankuasa Pilihan dan tertakluk kepada keputusan Dewan dan Jawatankuasa Pilihan naskah pertama iyu tidak boleh diterbitkan.
  • Jika tiada Ahli yang memohon secara bertulis kepada Setiausaha hendaklah membuat sebarang pindaan dalam penyata rasmi itu dalam tempoh tiga minggu daripada masa naskah pertama penyata rasmi tersebut dihantar kepada tiap-tiap Ahli, maka pentara rasmi itu akan dicetak tanpa apa-apa pembetulan.
  • Sebarang kesangsian tentang betul atau tidaknya penyata rasmi berkenaan dengan apa-apa ucapan yang terkandung dalam naskah pertama rasmi itu dan sebarang permintaan hendak membuat apa-apa pindaan besar di dalamnya hendalah dirujukkan kepada Speaker ataupun pada masa ketiadaannya Timbalan Speaker yang hendaklah memutuskan perkara tersebut serta mengeluarkan arahan untuk ucapan itu diterbitkan menurut keputusannya yang tidak boleh disoal.

 

Pautan muat turun:

Aturan Urusan Mesyuarat: pautan

Penyata Rasmi: pautan

Rang Undang-undang: pautan

Risalah: pautan