Objektif
- Menjadi sebuah jabatan yang efisien dalam mengatur persiapan dan pengendalian urusan Sidang Dewan;
- Cekap dalam penyediaan Laporan sidang Dewan iaitu cekap dan tepat;
- Dapat memberi perkhidmatan yang terbaik dan kepuasan dalam memenuhi kehendak dan keperluan serta kebajikan Ahli-Ahli dan mantan Ahli-Ahli Dewan Undangan Negeri Sabah.
Fungsi
- Melaksanakan urusan pentadbiran dan kewangan berkaitan dengan keistimewaan dan kelayakan ADUNS/mantan ADUNS termasuk pembayaran berbagai elaun, pencen (dimana berkenaan), pinjaman perumahan, kenderaan, rawatan perubatan dan sebagainya.
- Mengendalikan segala urusan pentadbiran berkaitan dengan persiapan sebelum, semasa dan selepas persidangan.
- Menerima laporan kewangan dan risalah yang diterima daripada agensi-agensi kerajaan untuk dibentang dalam sidang DUNS.
- Menghasilkan penyata rasmi dalam tempoh 24 jam bagi deraf awal dan 6 bulan bagi cetakan akhir.
- Memastikan enakmen yang diluluskan dalam sidang Dewan Undangan Negeri digunapakai dalam tempoh 30 hari selepas sidang DUNS seperti yang ditetapkan dalam Perlembagaan Negeri Sabah.
- Menjadi urusetia kepada Jawatankuasa-jawatankuasa yang ditubuhkan oleh DUNS.
- Melaksanakan urusan pentadbiran dan kewangan berkaitan dengan kakitangan dan perjalanan pejabat DUNS.