Dewan Undangan Negeri Sabah adalah badan perundangan bagi Kerajaan Negeri Sabah yang melulus dan meminda Undang-Undang Negeri Sabah, memeriksa dasar-dasar Kerajaan Negeri serta meluluskan bajet Kerajaan Negeri Sabah dan cadangan cukai yang baharu.
Dewan Undangan Negeri Sabah adalah badan perundangan bagi Kerajaan Negeri Sabah yang melulus dan meminda Undang-Undang Negeri Sabah, memeriksa dasar-dasar Kerajaan Negeri serta meluluskan bajet Kerajaan Negeri Sabah dan cadangan cukai yang baharu.
Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah telah bersidang buat kali pertama pada tanggal 18 September 1963 bertempat di Bangunan Dewan Undangan Negeri sementara di Jalan Istana Lama, Kota Kinabalu. Sidang tersebut telah berlangsung selama 2 hari selepas Sabah (Dahulu dikenali sebagai Borneo Utara) menyertai Malaysia pada 16 September 1963. Pada masa itu, dikenali sebagai Majlis Undangan Negeri (MUN) Sabah dan ia merupakan badan legislatif negeri yang pertama selepas pembentukan Malaysia dan terdiri daripada 32 Ahli yang dilantik dan dipilih termasuk Ketua Menteri Sabah pertama, Tun Fuad Stephens.
Bangunan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah yang baharu dan digunakan sekarang telah dirasmikan pada 19 Jun 1995. Lokasi Bangunan terletak di Bukit Punai, Jalan Sulaman, Kota Kinabalu Sabah dan dirasmikan oleh Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Sabah ketika itu, Almarhum Tun Sakaran Dandai
Sehingga penggal ke-16, bilangan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sabah adalah seramai 79 orang. Daripada jumlah itu, 73 ADUN dipilih melalui Pilihan raya (Kerusi Pilihan raya) manakal 6 Orang ADUN Dilantik, mengikut peruntukan dalam Perlembagaan Negeri Sabah (Fasal 14(1)(e)).
Dibawah Perlembagaan Negeri Sabah, jawatan Speaker Dewan Undangan Negeri Sabah boleh dilantik daripada;
Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah boleh dibubarkan dalam 2 keadaan utama, seperti yang termaktub dalam Perlembagaan Negeri Sabah iaitu Fasal 21(2) dan 21(3);
Pilihan raya negeri mesti diadakan dalam tempoh 60 hari selepas tarikh pembubaran. Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah tidak akan bersidang semula sehingga pilihan raya selesai dan ADUN baharu mengangkat sumpah.
Semua pelawat sama ada individu atau berkumpulan, institusi dan pertubuhan dalam dan luar negara boleh mengunjungi Dewan Undangan Negeri Sabah.
Lawatan hanya dibenarkan semasa hari dan waktu bekerja sahaja.
Pelawat yang ingin membuat permohonan lawatan perlu mengemukakan Surat Permohonan Rasmi kepada Setiausaha Dewan Undangan Negeri dan perlu mengikuti peraturan yang telah ditetapkan seperti berikut;
Setiausaha Dewan Undangan Negeri
Dewan Undangan Negeri Sabah
Aras 4, Bangunan Dewan Undangan Negeri Sabah
Teluk Likas, Peti Surat 11247
88817 Kota Kinabalu Sabah
Pelawat Tidak Dibenarkan :
Pelawat dikehendaki menepati masa lawatan yang telah dipersetujui.
Peraturan yang diguna pakai ketika perbahasan di Dewan Undangan Negeri Sabah adalah Peraturan-Peraturan Tetap Dewan Undangan Negeri Sabah yang mengandungi kandungan dan fungsi seperti;
Secara umumnya, perkataan “Penggal” memberikan maksud tempoh permulaan Persidangan Dewan hingga penghujung persidangan pada setiap tahun.
Mesyuarat adalah persidangan Majlis yang bermula dari persidangan pertama dan apabila mesyuarat dipanggil pada bila-bila masa untuk bersidang dan berakhir setelah Dewan ditangguhkan selama lebih daripada 14 hari atau tarikh untuk persidangan berikutnya tidak ditetapkan atau setelah penggal Dewan Undangan Negeri diprorog.
Persidangan merujuk kepada mesyuarat Dewan Undangan Negeri. Persidangan bermula dan berakhir pada waktu yang ditetapkan dibawah Peraturan-peraturan tetap Dewan Undangan Negeri Sabah kecuali dimaklumkan oleh Speaker atau diubah dengan usul oleh Menteri.
Persidangan Dewan adalah satu hari mesyuarat yang bermula pada pukul 10.00 Pagi hingga 4.00 petang. Terdapat sebuah usul yang akan diusulkan oleh Menteri iaitu Usul Dibawah Peraturan Tetap 2(1) (b) antara jam 4.00 Petang- 4.15 Petang yang bahawa Dewan tidak ditangguhkan sehingga semua urusan-urusan Dewan yang tertera dalam Aturan Urusan Mesyuarat pada hari ini selesai ditimbang dan diputuskan. Usul ini haruslah mendapat persetujuan dewan.
Prorog adalah tamatnya satu penggal Dewan Undangan Negeri Sabah untuk digantikan dengan penggal yang berikutnya.
