Rujukan: Perlembagaan Negeri Sabah Bah. II Per. 15.
Speaker hendaklah dilantik oleh Yang di-Pertua Negeri dari kalangan
orang-orang yang tidak tertakluk kepada mana-mana kehilangan kelayakan untuk dilantik sebagai ahli dilantik Dewan Undangan sebagaimana yang dinyatakan dalam Perkara 17.
Speaker hendaklah memegang jawatatan apa-apa tempoh yang ditetapkan
dalam suratcara yang menurutnya dia dilantik, tetapi hendaklah mengosongkan
jawatannya:-
Dengan syarat bahawa hilang kelayakan itu tidak boleh dipakai jika pertubuhan
atau badan itu menjalankan apa-apa kerja kebajikanatau sukarela atau tujuan
yang berfaedah kepada masyarakat atau mana-mana bahagiannya atau
apa-apa kerja atau tujuan lain berupa khairat atau sosial, dan orang itu tidak
menerima apa-apa saran, hadiah, untung atau faedah.
