Menjadi sebuah jabatan yang efisien dalam mengatur persiapan dan pengendalian urusan Sidang Dewan;
Cekap dalam penyediaan Laporan sidang Dewan iaitu cekap dan tepat;
Dapat memberi perkhidmatan yang terbaik dan kepuasan dalam memenuhi kehendak dan keperluan serta kebajikan Ahli-Ahli dan mantan Ahli-Ahli Dewan Undangan Negeri Sabah.
Fungsi
Melaksanakan urusan pentadbiran dan kewangan berkaitan dengan keistimewaan dan kelayakan ADUNS/mantan ADUNS termasuk pembayaran berbagai elaun, pencen (dimana berkenaan), pinjaman perumahan, kenderaan, rawatan perubatan dan sebagainya.
Mengendalikan segala urusan pentadbiran berkaitan dengan persiapan sebelum, semasa dan selepas persidangan.
Menerima laporan kewangan dan risalah yang diterima daripada agensi-agensi kerajaan untuk dibentang dalam sidang DUNS.
Menghasilkan penyata rasmi dalam tempoh 24 jam bagi deraf awal dan 6 bulan bagi cetakan akhir.
Memastikan enakmen yang diluluskan dalam sidang Dewan Undangan Negeri digunapakai dalam tempoh 30 hari selepas sidang DUNS seperti yang ditetapkan dalam Perlembagaan Negeri Sabah.
Menjadi urusetia kepada Jawatankuasa-jawatankuasa yang ditubuhkan oleh DUNS.
Melaksanakan urusan pentadbiran dan kewangan berkaitan dengan kakitangan dan perjalanan pejabat DUNS.