1. Rang-Undang-undang (Public Bills)
o Rang Undang-undang yang dibentangkan oleh kerajaan meliputi
perkara yang ada hubung kait dengan kepentingan rakyat negeri
ini secara am.
2. Rang Undang-undang Ahli Persendirian (Private Member Bills)
o Rang Undang-undang yang dibentangkan oleh Ahli Persendirian
yang bukan Ahli Kerajaan.
3. Rang Undang-undang Private (Private Bills)
o Rang Undang-undang yang dibentangkan adalah untuk faedah
dan kepentingan orang-orang dan pertubuhan-pertubuhan
tertentu sahaja.
4. Rang Undang-undang Campuran (Hybrid Bills)
o Rang Undang-undang yang dibentangkan oleh Kerajaan ataupun
Ahli Persendirian yang ada implikasi ke atas hak kepentingan
individu atau kumpulan.