KOTA KINABALU: Pengerusi Gabungan Rakyat Sabah (GRS) mengangkat sumpah sebagai Ketua Menteri Sabah Ke-17 awal pagi ini di Istana Seri Kinabalu di sini.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sulaman itu mengangkat sumpah di hadapan Yang Dipertua Negeri, Tun Musa Aman antara jam 3 hingga 3.15 pagi. Hajiji merupakan Presiden Parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan Rakyat). Pada Pilihan Raya Sabah Ke-17, GRS menang dengan 29 kerusi; Warisan 25; Barisan Nasional (6); UPKO (5). Sumber: Awani