Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah boleh dibubarkan dalam 2 keadaan utama, seperti yang termaktub dalam Perlembagaan Negeri Sabah iaitu Fasal 21(2) dan 21(3);
Pembubaran oleh Yang di-Pertua Negeri atas nasihat Ketua Menteri
Pembubaran secara automatik selepas tempoh 5 tahun.
Pilihan raya negeri mesti diadakan dalam tempoh 60 hari selepas tarikh pembubaran. Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah tidak akan bersidang semula sehingga pilihan raya selesai dan ADUN baharu mengangkat sumpah.