Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah telah bersidang buat kali pertama pada tanggal 18 September 1963 bertempat di Bangunan Dewan Undangan Negeri sementara di Jalan Istana Lama, Kota Kinabalu. Sidang tersebut telah berlangsung selama 2 hari selepas Sabah (Dahulu dikenali sebagai Borneo Utara) menyertai Malaysia pada 16 September 1963. Pada masa itu, dikenali sebagai Majlis Undangan Negeri (MUN) Sabah dan ia merupakan badan legislatif negeri yang pertama selepas pembentukan Malaysia dan terdiri daripada 32 Ahli yang dilantik dan dipilih termasuk Ketua Menteri Sabah pertama, Tun Fuad Stephens.