Komitmen kami ialah berkhidmat dengan penuh dedikasi dan tanggungjawab
serta memberi layanan mesra kepada semua golongan masyarakat yang
berurusan dengan pejabat ini terutama dalam hal-hal seperti berikut:
Menyediakan dan melaksanakan urusan dan keperluan bagi sidang Dewan Undangan Negeri Sabah, Mesyuarat Jawatankuasa Tetap, dan Pilihan Dewan selaras dengan Peraturan-peraturan Tetap Dewan Undangan Negeri Sabah
Menerima Laporan Kewangan Agensi-agensi Kerajaan, menerima Pertanyaan-pertanyaan untuk jawapan lisan Ahli Dewan Undangan Negeri untuk diedarkan kepada Ahli Jemaah Menteri dan kementerian yang berkenaan tujuh (7) hari sebelum sidang dewan.
Menyedia dan menyiapkan Laporan Sidang Dewan Undangan Negeri (Hansard) dengan segera.
Mengemukakan keputusan atau kelulusan seperti Undang-undang dan Enakmen baru atau Pindaan Undang-Undang kepada Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Sabah untuk diperkenankan dan seterusnya mewartakan Enakmen berkenaan dengan segera.
Memproses tuntutan bayaran perkhidmatan, pembekalan alat-alat pejabat daripada syarikat atau peniaga, bayaran elaun, pencen yang layak diperolehi oleh Ahli Dewan dan waris mereka dalam masa tujuh (7) hari dari tarikh permohonan.
Melaksanakan urusan pentadbiran bersabit dengan kelayakan dan keistimewaan Wakil Rakyat dan Mantan Wakil Rakyat, memberi maklumat atau perkhidmatan yang berkaitan kepada mereka yang berurusan dengan kami dengan Serta Merta.