Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Malaysia Madani Salam Sabah Maju Jaya.
Selamat datang ke Portal Rasmi Dewan Undangan Negeri Sabah.
Alhamdullillah, setinggi-tinggi rasa kesyukuran ke hadrat illahi atas segala
limpah dan rahmat-Nya. Terlebih dahulu saya ingin mengalu-alukan kehadiran
kepada para pengunjung ke Laman web Rasmi Dewan Undangan Negeri
Sabah. Tahniah dan syabas diucapkan kepada Pihak Jabatan Perkhidmatan
Komputer Negeri Sabah (JPKN) yang sentiasa komited dalam usaha untuk
menambah baik Laman web rasmi Dewan Undangan Negeri Sabah ini.
Laman rasmi ini adalah sumber informasi kepada pengunjung bagi
mendapatkan pelbagai maklumat terkini Dewan Undangan Negeri Sabah
seperti Penyata Rasmi (Hansard), Aturan Urusan Mesyuarat (AUM), Takwim
Persidangan, Enekmen dan Rang Undang-Undang. Turut disediakan maklumat
Ahli-Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) serta hal ehwal Dewan Undangan
Negeri Sabah yang releven. Para pengunjung juga boleh berkomunikasi
menerusi portal ini sebagai platform rasmi untuk menyalurkan maklum balas
dan aduan pengguna. Pelbagai promosi dan hal ehwal semasa akan
dikemaskini dari semasa ke semasa untuk tatapan orang awam dan
pengunjung ingin mendapatkan informasi yang berkaitan.
Akhir Sekali, bagi memantapkan evolusi perkembangan Dewan Undangan
Negeri Sabah yang sedia ada, saya amat mengalu-alukan sebarang cadangan
dan pandangan ikhlas yang membina daripada pengunjung sekalian.
Diharapkan agar maklum balas berkenaan dapat membantu perkembangan
Dewan Undangan Negeri melaksanakan penambah baikan yang diperlukan
dari semasa ke semasa. Besarlah harapan saya agar Laman Rasmi Dewan
Undangan Negeri Sabah ini akan menjadi rujukan rasmi kepada semua pihak
untuk mengenali Dewan Undangan Negeri Sabah.
Selamat melayari Laman Rasmi Dewan Undangan Negeri Sabah.
Sabah Maju Jaya
Setiausaha Dewan Undangan Negeri Sabah