KOTA KINABALU: Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah dibubarkan berkuat kuasa 6 Oktober 2025 (Isnin) sekali gus memberi laluan kepada Pilihan Raya Negeri Sabah Ke-17. Pembubaran itu diumumkan oleh Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor pada sidang media khas petang Isnin. Permohonan pembubaran itu sudah diperakukan Yang Dipertua Negeri Sabah, Tun Musa Aman pada pagi hari yang sama. “Dengan perkenan Tuan Yang Terutama Tun Musa, Dewan Undangan Negeri Sabah Ke-16 akan dibubarkan berkuat kuasa hari ini, Isnin 6 Oktober 2025.