Kota Kinabalu; Dewan Undangan Negeri Sabah telah menerima Lawatan rasmi daripada Jawatankuasa Pengurusan Kolej, Universiti Teknologi MARA (UiTM) cawangan Sabah yang diketuai oleh En Kaffali Bin Pendik, Pegawai Eksekutif Kanan (Pengurusan Asrama), Encik Mohd Khairun Hafizan Bin Yusof, Penolong Pendaftar Kanan, Puan Nurul Huda Roslan, Penolong Pendaftar, dan Puan Haslinah Binti Kulin, Penolong Pendaftar serta 24 orang Ahli Jawatankuasa Pengurusan Kolej yang terdiri daripada pelajar daripada pelbagai fakulti. Delegasi lawatan ini disambut oleh En. Mohd Nor Hafeez Ab Rahman, Timbalan Setiausaha mewakili Puan Rafidah Maqbool Rahman, Setiausaha Dewan. Delegasi telah diberikan sesi taklimat berkaitan Tatacara pengurusan persidangan, Sejarah Dewan Undangan Negeri Sabah serta diberikan ruang untuk sesi soal jawab bagi mendapatkan input yang berguna untuk pengetahuan para mahasiwa dan mahasiwi yang terlibat. Lawatan ini juga turut disusuli dengan lawatan ke Dewan Persidangan Utama, Dewan Undangan Negeri Sabah. Adalah diharapkan agar lawatan seperti ini memberikan impak yang positif serta nilai tambah kepada mahasiswa dan mahasiswi agar cakna berkenaan Bidang Legislatif di Negeri Sabah.