Sandakan : Yang Berhormat Datuk Seri Panglima Haji Kadzim Haji M Yahya, Speaker Dewan Undangan Negeri Sabah menghadiri Majlis Perhimpunan Sambutan Maulidur Rasul SAW Peringkat Negeri Sabah 1447H/2025 M di Sandakan pada 5 September 2025. Sambutan peringkat Negeri Sabah itu juga turut dihadiri oleh YAB Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Bin Haji Noor, beberapa pemimpin Negeri Sabah serta pemimpin tempatan yang turut memeriahkan majlis. Sambutan kali ini dengan tema “Membangun Ummah Madani” menekankan kepentingan memperkukuhkan nilai ukhuwah, kasih sayang, integriti serta tanggungjawab sosial dalam kalangan umat Islam untuk membentuk masyarakat yang harmoni, berilmu dan berakhlak mulia.