
Yang Berhormat Datuk Seri Panglima Hj Kadzim Hj M Yahya, Speaker Dewan Undangan Negeri Sabah telah menerima lawatan hormat daripada Persatuan Guru Besar Malaysia cawangan Negeri Perak pada 16 Julai 2025 (Rabu). Delegasi rombongan diketuai oleh YBhg Tuan Haji Muhammad Halili Bin Mohd Isa, Pengerusi Persatuan Guru Besar Malaysia Cawangan Negeri Perak berserta 66 orang delegasi yang terdiri daripada Guru-guru Besar daripada Daerah Negeri Perak. Ketibaan rombongan delegasi disambut oleh YBhg Puan Rafidah Maqbool Rahman, Setiausaha Dewan Undangan Negeri Sabah dan En Mohd Nor Hafeez Ab Rahman, Timbalan Setiausaha serta sempat diberikan sedikit taklimat ringkas berkenaan Struktur ikonik Bangunan Dewan Undangan Negeri Sabah. Para Delegasi juga turut diserikan lagi dengan Jamuan Makan Tengahari serta diberikan Taklimat penuh oleh YBhg Puan Rafidah Maqbool Rahman, Setiausaha Dewan Undangan Negeri Sabah berkenaan peranan Dewan Undangan Negeri Sabah sebagai Badan Legislatif utama di Negeri Sabah. Lawatan ini turut dilengkapkan lagi dengan lawatan ke Dewan Persidangan Dewan Undangan Negeri Sabah dan diberikan peluang sendiri kepada para delegasi untuk melihat secara lebih dekat fasiliti serta sistem konferens yang terdapat di dalam nya. Lawatan berakhir pada pukul 3.00 Petang. – Bahagian Protokol dan Teknologi Maklumat.
