Rujukan: Perlembagaan Negeri Sabah Bah. II Per. 15.
Speaker hendaklah dilantik oleh Yang di-Pertua Negeri dari kalangan orang-orang yang tidak tertakluk kepada mana-mana kehilangan kelayakan untuk dilantik sebagai ahli dilantik Dewan Undangan sebagaimana yang dinyatakan dalam Perkara 17.
Speaker hendaklah memegang jawatatan apa-apa tempoh yang ditetapkan dalam suratcara yang menurutnya dia dilantik, tetapi hendaklah mengosongkan jawatannya:-
- Jika dia meletakan jawatan melalui surat di bawah tandatangannya yang ditujukan kepada Yang di-Pertua Negeri; atau
- Jika dia menjadi tertakluk kepada mana-mana kehilangan kelayakan untuk dilantik sebagai ahli dilantik Dewan Undangan sebagaimana yang dinyatakan dalam Perkara 17; atau
- Jika tiga bulan selepas perlantikannya ke jawatan itu dia adalah atau menjadi ahli mana-mana lembaga pengarah atau lembaga pengurusan, atau seorang pegawai atau pekerja, atau melibatkan diri dalam hal-ehwal atau urusan sesuatu pertubuhan atau badan, sama ada diperbadankan atau sebaliknya, atau sesuatu pengusahaan perdagangan, perindustrian atau lain-lain pengusahaan, sama ada dia menerima atau tidak apa-apa saran, hadiah, untung atau faedah daripadanya:-
Dengan syarat bahawa hilang kelayakan itu tidak boleh dipakai jika pertubuhan atau badan itu menjalankan apa-apa kerja kebajikanatau sukarela atau tujuan yang berfaedah kepada masyarakat atau mana-mana bahagiannya atau apa-apa kerja atau tujuan lain berupa khairat atau sosial, dan orang itu tidak menerima apa-apa saran, hadiah, untung atau faedah.
- Apa-apa soal sama ada seseorang layak dilantik menjadi Speaker hendaklah diputuskan oleh Yang di-Pertua Negeri dan keputusannya itu adalah muktamad.
- Semasa ketidakhadiran Speaker di suatu persidangan Dewan Undangan atau mana-mana kekosongan dalam jawatan Speaker, seseorang daripada Timbalan-timbalan Speaker atau, jika kedua-dua Timbalan Speaker itu tidak hadir atau jawatan-jawatan mereka juga kosong, sesorang ahli sebagaimana boleh ditetapkan oleh kaedah-kaedah prosedur Dewan Undangan bolehlah bertindak sebagai Speaker.
- Badan Perundangan hendaklah melalui undang-undang membuat peruntukan bagi saran Speaker, dan saran yang diperuntukkan sedemikian hendaklah diperuntukkan sedemikian hendaklah dipertanggungkan kepada dan dibayar daripada Kumpulan Wang Disatukan, dan tidaklah boleh dikurangkan bagi mana-mana pemegang jawatan Speaker selepas pelantikkanya.
- Dua orang Timbalan Speaker hendaklah dilantik oleh Yang di-Pertua Negeri dari kalangan orang-orang yang adalah ahli-ahli atau yang layak menjadi ahli Dewan Undangan.
- Pertuntukan-pertuntukan fasal-fasal(2), (3) dan (5) Perkara 15 hendaklah terpakai kepada Timbalan-Timbalan Speaker sebagaimana ianya terpakai kepada Speaker dan rujukan kepada Speaker dalam Perlembagaan ini hendaklah disifatkan sebagai termasuk rujukan kepada Timbalan Speaker, kecuali konteksnya menghendaki selainnya.