Perutusan Speaker

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabaraktuh dan Salam Sejahtera.

Kepesatan ledakan teknologi maklumat dalam era globalisasi masa kini mendorong jentera kerajaan sentiasa melakukan pembaharuan dan inovasi dalam menyampaikan maklumat kepada orang ramai.  Pelancaran laman sesawang ini merupakan inisiatif kerajaan bagi meningkatkan pengetahuan dan kefahaman masyarakat mengenai perkembangan terkini transformasi legislatif yang merupakan satu daripada tiga teras negara yang mengamalkan demokrasi berparlimen.

Syabas dan tahniah kepada pihak pengurusan Dewan Undangan Negeri Sabah kerana berjaya mengikuti perkembangan teknologi semasa selaras dengan usaha kerajaan untuk mewujudkan “e-Government”.

Harapan saya agar laman sesawang Dewan Undangan Negeri Sabah ini akan memberi input yang berguna dan menjadi satu lagi saluran maklumat bermanfaat kepada orang awam khususnya rakyat negeri Sabah.

Selamat melayari.

Speaker
Dewan Undangan Negeri Sabah