• A- A A+




Jawatan Kuasa Kuasa kira-kira Wang Awam (PAC) Negeri Sabah

Tidak disiarkan Lagi

JAWATANKUASA AKAUN NEGERI

Rujukan:    Peraturan-Perarturan Tetap Dewan Undangan Negeri Sabah perenggan 89.

Sebuah Jawatankuasa Pilihan pengalan yang dikenali sebagai Jawatankuasa Akaun Negeri hendaklah ditubuhkan menurut kehendak undang-undang.

Jawatankuasa itu hendaklah teridiri daripada seorang Pengerusi yang dilantik oleh Speaker, dan seramai tidak kurang daripada tujuh orang ahli yang dilantik oleh Jawatankuasa Tetap Dewan seberapa segera yang mungkin selepas penubuhannya.  Pelantikan Ahli-ahli Jawatankuasa itu hendaklah dengan cara sedemikian yang dapat memastikan, setakat yang boleh, bahawa keanggotaan dalam Jawatankuasa itu menggambarkan keadaan keseimbangan antara penyokong-penyokong kerajaan dan penyokong-penyokong pembangkang.

Tugas jawatankuasa adalah untuk memeriksa akaun-akaun menurut kehendak undang-undang beserta dengan Laporan Juruaudit Negara ke atas akaun-akaun tersebut.

*Artikel 34 Perlembagaan Negeri Sabah, 1963 dan Artikel 112 (A) dan (2) Perlembagaan Persekutuan adalah berkaitan.

SENARAI JAWATANKUASA KIRA-KIRA WANG AWAM (PAC) NEGERI SABAH

Pengerusi

  • YB. Datuk Abidin Madingkir

Ahli-Ahli

  • YB. Datuk Bolkiah bin Ismail
  • YB. Tuan Jamawi bin Ja’afar
  • YB. Tuan Matbali bin Musah
  • YB. Tuan Tan Lee Fatt
  • YB. Tuan Terence Siambun
  • YB. Puan Julita Majungki
  • YB. Tuan Robert Tawik @ Nordin

Ex-Officio

  • Setiausaha Tetap Kewangan
  • Pengarah Jabatan Perkhidmatan Awam Negeri Sabah
  • Bendahari Negeri
  • Pengarah Audit Negara, Negeri Sabah

Setiausaha

  • Setiausaha Dewan Undangan Negeri